Saturday, September 11, 2010

WELCOME

ok this my 1st post for this blog..
actually blog adalah bagi pasangan yang bakal menempuh ke alam raja sehari.. saya pernah melalui proses menuju ke alam persedian raja sehari tersebut.. saya akui cukup2 memeningkan lebih2 lagi jika budget yang ada cukup2 sahaja..

mana duit nak bayar pelamin,.bakal mertua dah tanya2 bile nak hantar duit hantaran.., mak kat kampung plak sibuk suruh masukkan duit nak tempah lembu@kerbau..., tambah pening bakal wife plak sibuk ajak confirm tarikh bulan madu kat mana.. aduh yang paling pening kad jemputan belum tempah lagi...sepatutnya bab kad jemputan ler yg paling penting..

ramai bakal pengantin sering meletakkan budget yang agak kecil bagi kad jemputan nie. kalau diikutkan sepatutnya hal berkaitan jemputan nie perlu diberi perhatian sama seperti pelamin. kad jemputan melambangkan keikhlasan hati keluarga pengantin dalam menjemput tetamu bagi meraikan raja sehari tue..

namun kami faham kerana ramai bakap pengantin lebih2 lagi pengantin muda yang agak kekangan budget..so.., anda telah berjaya menjumpai satu blog yang akan menolong anda dalam mengurangkan budget bagi kad utusan raja sehari anda.